Selamat Datang ke teratak yang tak seberapanya ini...

Selamat Datang dan Jemput lah masuk...

[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

Sunday, January 24, 2010

Tips untuk semua

Salam semua

Sedar tak sedar tahun 2010 bulan Januari hampir ke penghujung dah..Seminggu lagi Februari bakal menjelma..Kerja2 PHD semakin mengecutkan perutku...hehhehe...

Buat kengkawan semua untuk renungan kita bersama:
Berikut adalah antara doa2 yang saya petik hasil dari tontonan dari rancangan2 tv iaitu Al Hidayah, Semanis Kurma, Al Quliyyah dll.

1. Tips untuk anak2 dan kita semua:
Doa:
1) Supaya tidak lalai, supaya hati tidak was2, jauh dari gangguan syaitan. Amalkan baca:
- Surah Al Hadid ayat 3.
2) Untuk elak anak2 hilang selera makan - Surah Al Quraish.
3) Untuk lembutkan hati org yg keras hati (dari jauh) - Surah Ar Ra’d, ayat 31 (baca 31 kali).
4) Untuk pelindung diri - Surah Al Baqarah, ayat 285,286 or selalu baca 3 Qul.

2. Tips melindungi diri dari musibah dan khianat org (cthnya: menghindari dari terkena ilmu2 hitam):
1) Makan tamar ajwa 7 bj sehari.
2) Berwuduk sebelum tidur
3) Solat berjemaah.
4) Solat tahajud 2 rakaat setiap malam atau seminggu sekali atau sebulan sekali.
5) Baca doa sebelum dan selepas masuk tandas.
6) Baca auzubillahiminassyaitonirrojim.
7) Selepas akad nikah suami letak tgn kanan atas ubun2 isteri dan niatkan yang baik2 dan jauh dari musibah.
8) Baca ayat Qursi dan zikir sehingga tertidur.
9) Banyakkan berdoa dan baca 3 Qul, surah Al Kafirun, surah Yunus ayat 79-82, surah Taha ayat 65-69, dan surah As-Saff ayat 1-10.
10) Surah Al Hashr ayat 26 - Tiup dalam air, (bagi minum sesiapa yang terkena ilmu hitam).

3. Tips untuk hubungan suami isteri agar semakin lama semakin sayang.
1) Surah Al Kahfi ayat 10.
2) Surah Ar Ra’d ayat 31 (sambil doa supaya pasangan sayang kita sampai akhir hayat).
3) Surah Al Anbiyaa ayat 83. (agar hubungan suami isteri berkekalan dari dunia hingga akhirat).
4) Surah Hud ayat 47 (agar hubungan suami isteri berkekalan dari dunia hingga akhirat).
5) Surah Taha ayat 1-5 (Untuk lembutkan hati suami yang keras (tiup kat tengkuk suami bila suami tidur).


4. Tips supaya kita tidak terlalu cerewet yang sentiasa merasakan diri sentiasa betul org lain tidak, supaya Allah masukkan kita dalam kategori org yang baik2.
1) Surah Ali Imran ayat 53. Start ngan Robbana......
2) Surah Al Mukminun ayat 109 - niatkan nama suami( jika suami cerewet sangat kita mohon pada Allah agar lembutkan hatinya).
3) Surah Ash Syu’araa ayat 169 – minta Allah selamatkan dari perbuatan2 yang jahat.

Monday, January 4, 2010

Abah masuk wad pada 4 Januari 2010

Selamat menyambut tahun baru buat semua.

Hari ni 4 Januari 2010, first day sekolah. Kami sekeluarga dikejutkan dengan berita abah diserang minor stroke. Ada sedikit darah beku di kepala. Aku ke hospital Temerloh then ke Jerantut. Abah admit di Hosp Jerantut. Semoga abah sembuh cepat. Linangan airmata abah membuatkan kami semua turut merasainya.

Aku balik KL jam 4 petang, nak ambik anak balik sekolah kul 6.30 pm, itupun Hazim dah lama tunggu kat sekolah sebab hari ni die balik jam 3.30 pm sebab die sekolah sesi pagi. Sampai KL sekitar jam 6 pm. Hubby terus ambik anak dan aku balik umah.

Masa nak balik abah nangis lagi, itu yang buat aku sedih. Dipertengahan jalan kiara2 kat K Krau, aku bertembung ngan Lynda, Omi sekeluarga n Epi. Die orang bertolak ke Jerantut pas sekolah.

Malam about 10 pm aku call Lynda, die baru nak bertolak balik KL. Menurut Lynda, abah urut badan tadi kat Hospital. Long import pakcik dari Jengka untuk urut abah. Kekadang abah ckp mcm tak lancar sangat. Pas urut abah ok sikit. Mungkin minggu ni kami akan balik kg lagi, insyaallah.

Tuesday, December 8, 2009

Cuti Sekolah

Sempena cuti sekolah ni jadual agak padat. Memula cuti aje dah pegi Langkawi dari 20 Nov 09 hingga 23 Nov 09. Pas tuh raya HAji then balik kg anak berkhatan pulak pada 5 Dec 09.Tak sempat nak upload lagi gambar2. Busy tul.

Sunday, November 8, 2009

9 November 2009





Tarikh ini mengalir air mataku, secara rasmi ku telah menyerahkanmu pada tuan baru. sedih sangat tapi apa nak buat....selamat tinggal cityku....will miss u a lot...

Thursday, November 5, 2009

Gembira n sedih

Salam semua

Lama dah tak update blog nih..sibuk sikit..dalam sibuk tuh sempat gak pegi jeling2 kedai hahahah....Terfikir nak tukar, tapi tengok le rezeki yang mana satu. Sedih nak jual 'sesuatu' yg dah 6 tahun ngan aku..sedih sangat-sangat. Mengalir air mata aku. Ye lah kalau jaga anak sendiri dah nak sekolah usia anak aku tuh...Kalau ada rezeki dapat yang baru, Selamat Tinggal Cityku...Ku akan sentiasa merinduimu..Sweet memories with u...Sedih nih....

Tuesday, October 27, 2009

Selamat Jalan Ana

Semalam 27 Okt Ana last day kat UTM, 31 hb Okt berangkat ke Perth. Selamat jalan n selamat berjuang for PHD....

Besday Azim 9





Pada Deepavali, 17 Okt ari tuh buat majlis besday azim..kat umah je....Kek Secret Recipe, Masak laksa Penang, mee goreng n kuih raya aje.....layan je lah gambar....tak ramai jemputan sebab malas hahahah...sapa yang ade jelah...gambar yang atas masa 14hb Okt ari tuh kat Pizza Hut..

Dalam gambar: Pok Dee n Kaira, Mai, Amir, Besday Boy Azim, Danish..