Selamat Datang ke teratak yang tak seberapanya ini...

Selamat Datang dan Jemput lah masuk...

[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

Monday, May 2, 2011

Oreo cheese cake


Sesapa nak cube silakan..yek..resipi nih ambik dr umah kak zai, dan di alter sikit2 ikut tekak kite...peberet azim n mr suami..heheheh...dah buat banyak kali..ni resipinye:

Base:

Biskut oreo tanpa filling secukupnye dlm 30 keping dihancurkan

1/4 bar butter cairkan..

Satukan dalam loyang n padat2kan. Bakar kjp dlm 5 minit.

Bahan Cheese

2 bar keju

1 cawan whipping cream

2 bj telur

1/2 cup gula kastor

Inti biskut oreo (yg dihancurkan kat base)

Sedikit biskut oreo hancur

sedikit esen vanila

sedikit lemon juice

Cara:

1) Pukul keju n gula n inti oreo.

2) Masuk telur masuk whipping cream, esen vanila. Pkl lagi. masuk dlm loyang base tadi.

3) Bakar hingga masak secara water bath. suhu ikut le oven masing2 dalam 170 C.

Kek Puding karamel




Ni die kek yang resipi asal dr yani myr..sedap sgt...resipi disini:

Kek Puding Karamel
Bahan-bahan ( 20cm )
• Karamel
• 60g gula
• 1 sudu besar air
• 2 sudu besar air
• Puding
• 4 biji telur
• 500ml susu segar
• 70g gula
• sedikit esen vanila
• Kek span
• 70g tepung gandum
• 60g gula halus
• 2 biji telur
• 20g mentega- dicairkan
Cara-cara
Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
Ayak tepung. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak (Bain marie). Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

Anniversary ke 13


Hari ini 2 Mei 2011 genap 13 tahun usia perkahwinan kami. Syukur alhamdulillah. Moga bertambah bahagia hingga ke akhir hayat. Hari hujan lak ingat nak makan2 kat luar..