Selamat Datang ke teratak yang tak seberapanya ini...

Selamat Datang dan Jemput lah masuk...

[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

Tuesday, December 8, 2009

Cuti Sekolah

Sempena cuti sekolah ni jadual agak padat. Memula cuti aje dah pegi Langkawi dari 20 Nov 09 hingga 23 Nov 09. Pas tuh raya HAji then balik kg anak berkhatan pulak pada 5 Dec 09.Tak sempat nak upload lagi gambar2. Busy tul.

Sunday, November 8, 2009

9 November 2009





Tarikh ini mengalir air mataku, secara rasmi ku telah menyerahkanmu pada tuan baru. sedih sangat tapi apa nak buat....selamat tinggal cityku....will miss u a lot...

Thursday, November 5, 2009

Gembira n sedih

Salam semua

Lama dah tak update blog nih..sibuk sikit..dalam sibuk tuh sempat gak pegi jeling2 kedai hahahah....Terfikir nak tukar, tapi tengok le rezeki yang mana satu. Sedih nak jual 'sesuatu' yg dah 6 tahun ngan aku..sedih sangat-sangat. Mengalir air mata aku. Ye lah kalau jaga anak sendiri dah nak sekolah usia anak aku tuh...Kalau ada rezeki dapat yang baru, Selamat Tinggal Cityku...Ku akan sentiasa merinduimu..Sweet memories with u...Sedih nih....

Tuesday, October 27, 2009

Selamat Jalan Ana

Semalam 27 Okt Ana last day kat UTM, 31 hb Okt berangkat ke Perth. Selamat jalan n selamat berjuang for PHD....

Besday Azim 9





Pada Deepavali, 17 Okt ari tuh buat majlis besday azim..kat umah je....Kek Secret Recipe, Masak laksa Penang, mee goreng n kuih raya aje.....layan je lah gambar....tak ramai jemputan sebab malas hahahah...sapa yang ade jelah...gambar yang atas masa 14hb Okt ari tuh kat Pizza Hut..

Dalam gambar: Pok Dee n Kaira, Mai, Amir, Besday Boy Azim, Danish..

Afif Kat Wad Siti Sara Pusat Perubatan Az Zahra Bangi



2 minggu lepas Afif masuk wad kat Az Zahra. Sian die...tak ceria..2 malam die kat sana..ni gambo ari ke 2. Ari pertama langsung tak nak senyum...masuk air 2 botol..dirrhea n muntah2....ciannye...

Tuesday, October 13, 2009

Hepi besday Hazim

Salam semua....Dah lama tak update...Raya ni tak berapa best..tak sihat sangat....Hari ni 14/10/2009 genap 9 tahun anak sulungku. Dah besar anak mama..malam ni baru celebrate..ingat nak makan2 sekeluarga aje...

Selamat panjang umur, murah rezeki, jadi org beriman dan jadilah anak yang soleh buat mama n ayah ye anakku..mama sayang sangat pada abang..luv u so much....cup cup dari mama....nanti le tepek gambar..

Wednesday, September 16, 2009

Sajian buka pose



Buat sup sayur untuk anak....emmm...colourful punye le suh depa makan sayur hehehe..n rotu john import dari bazar ramadhan....kegemaran danish...

Tuesday, September 15, 2009

Kuih yang ditempah....antaranye le....


Ina Epul punye...tat nenas n sarang semut....kegemaran anak2ku....dah berbalang2 hbs kat depa sepanjang buke posa....sedap bebenor agaknya...kakakah....

Kuih Raya yang berjaya disiapkan......antaranya...



Marble shortbread, n tat nenas Ina oder 100 pcs setiap satu ...emmm sedapnya...nyum nyum emmmm....

Kek Marble


Buat kek marble untuk bagi kat jiran sebelah..ni le hasilnya..

Menu berbuka






Tak sempat nak posting gambor lauk berbuka...ini le yang tak seberapanya....layan....

Mood Raya dah melanda

Mood Raya tul minggu ni..aceli nak baca paper lagi minggu ni tapi vitamin M lebih dari vitmain R so ape nak buek...minggu ni prepare untuk raya la pulok..pi cari kasut anak, baju sepasang dua buat tambahan sebab baju raya tahun lepas ada yang lom pakai lagi....so sikit aje le belanja tahun ni...alhamdulillah...sib baik hubby dapat bonus....aku jugak yg melopong....raya ala kadar aje wakaka......wuaaaaa....wuaaaaa..

Kek kukus mak laris...alhamdulillah..rezeki mak n angah le...laris 28 biji..itu pun tak promote giler tuh...kalau promote giler mesti lagi laris kannnnnakann....haahahahah....gambor dah post dulu..

Sunday, September 13, 2009

Selamat Hari Raya ..Minal Aidil Walfaizin

Bertemu lagi dikesempatan ini..saya sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua yang mengenali kami dan ampun maaf diminta dari hujung rambut ke hujung kaki..

Hari ni dah 24 hari berpuasa dan semoga dosa kita diampunkan Allah sempena 10 hari terakhir Ramadhan ini..AMIN...

Kami beraya di Batu Pahat dulu tahun ni then baru ke Jerantut..

Thursday, August 20, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Salam Ramadhan buat semua umat Islam seluruhnya...Semoga mendapat keberkatan darinya..AMIN...

Saturday, August 15, 2009

Influenza A

From Wikipedia
Virus classification
Group: Group V ((-)ssRNA)
Family: Orthomyxoviridae


The Orthomyxoviridae (orthos, Greek for "straight"; myxa, Greek for "mucus")are a family of RNA viruses that includes five genera: Influenzavirus A, Influenzavirus B, Influenzavirus C, Isavirus and Thogotovirus. The first three genera contain viruses that cause influenza in vertebrates, including birds,humans, and other mammals. Isaviruses infect salmon; thogotoviruses infect vertebrates and invertebrates, such as mosquitoes and sea lice.

The three genera of Influenzavirus, which are identified by antigenic differences in their nucleoprotein and matrix protein infect vertebrates as follows:

Influenzavirus A cause of all flu pandemics and infect humans, other mammals and birds
Influenzavirus B infect humans and seals
Influenzavirus C infect humans and pigs


Flu pandemics:

Name
Asiatic(Russian)Flu Year 1889-1890 Death 1 millon possibly type H2N2
Spanish Flu Year 1918-1920 Death 40 mil type H1N1
Asian Flu Year 1957-1958 Death 1-1.5 mil type H2N2
Hong Kong Flu Year 1968-1969 Death 0.75 mil type H3N2
Swine Flu Year 2009-... Death ? type H1N1

AWAS H1N1

Salam,

Setakat ini korban jiwa akibat H1N1 melebihi 56 orang, Lebih menakutkan apabila yang terkorban termasuk ibu, bayi dan anak2 kecil.

Harap kita dapat ambil ikhtibar dalam mencegah famili kita dari terkena H1N1.

Rata-rata yang terkena H1N1 ni kebanyakan orang Melayu sedangkan kita tak ada direct contact dengan sumber H1N1 ini. Jangan lupa yang manusia yang sebenarnya merupakan pembawa atau vektor kuman H1N1 ini. Sebab tu kita digalakkan supaya selalu membasuh tangan dan memakai topeng muka. Menurut banyak sumber, mungkin corak pemakanan orang Melayu yang menyebabkan kita terdedah kepada H1N1. Kita kurang makan sayur, kurang makan buah-buahan sebab tu badan kita senang terkena penyakit H1N1.

Antara info yang didapati dari internet:
sumber: chetam

1) Utamakan buah2an tempatan seperti pisang..nenas...rambutan etc. Buah2an tempatan lebih banyak vitamin c dari oren dan epal. Untuk tambahan, makan minyak ikan (perisa oren...elok utk kanak2...depa suka) dan dapatkan vitamin C atau multivitamin.

Info daripada Kementerian Kesihatan KLIA.

2)langkah bijak adalah n mencegah dr awal salah satunya amalkn petua2 yg dah ramai bagi kat setiap ruangan yg berkaitan H1N1 ni........contohnya dr seorg rakan email bagitau amalkn makan buah epal hijau n jus orange.....makan kurma yg di rendam dlm air kelapa....selagi ada ikhtiar dan berdoa insyaallah berhasil....

3)Menurut kajian yang dikemukakan dalam sebuah majalah penyelidikan perubatan di China, minum air suam yang direbus dengan jintan manis pada pagi boleh mencegah selesema H1N1.
Menurut laporan dalam surat khabar harian bahasa Arab (Al Khaleej), kajian itu telah menyebabkan peningkatan jualan jintan manis di beberapa negara Asia sebanyak 50%.
Berita tersebut melaporkan bahawa peningkatan jualan yang serupa juga dapat dilihat di negara-negara seperti Arab Saudi dan Mesir.
Minuman jintan manis juga diedarkan kepada mereka yang sedang menunaikan haji di Makkah dan Madinah.

4)segala penyakit itu datang darinya untuk menguji hamba2nya
dan percayailah bahawa penawarnya juga datang dari padanya, amalkan 7 makanan yang di nyatakan dalam alquran sebagai makan terbaik dalam kehidupan, jgn lupa penawar segla penyakit iatu madu, buah tin, buah delima, zafran, kurma, buah zaitun sebagai ubat segala penyakit. kita berusaha cuma kita minta petunjuk dari allah yang punya dunia..semoga disembuhkan. amalkan selawat syifa sepanjang masa, dan doa mengelakkan penyakit merbahaya.

5)boleh amalkan jus2 yang mengandungi habbatus sauda,kurma,kismis,delima,buah tin,madu,halia,pegaga,halba...
Kita berpegang pada hadis yang dah tertulis "Tetaplah kamu dengan Habbatus Sauda kerana ia adalah penawar segala penyakit kecuali MAUT"

Sama2lah kita berusaha menghindarinya....Mencegah lebih baik dari mengubati...

Doa menghindari wabak dari menular


Doa menghindarkan Wabak dan Bala
dari "Usrah Rasa Hati"...

H1N1 sekarang semakin membimbangkan kita semua, oleh itu sama2lah kita berusaha menghindarinya, berdoa dan bertawakal kepada Allah.Semoga kita sentiasa dalam peliharaanNya. Amin..

Wednesday, August 5, 2009

5 Makanan Penyebab Kanser

5 MAKANAN PENYEBAB KANSER
Halo!

Baru je dapat pas pening n try le surf blog, jadi paparkan kat sini untuk dijadikan panduan.


The top five cancer-causing foods are:

1. Hot dogs
Because they are high in nitrates, the Cancer Prevention
Coalition advises that children eat no more than 12 hot dogs
a month. If you can't live without hot dogs, buy those
made without sodium nitrate.

2. Processed meats and bacon
Also high in the same sodium nitrates found in hot dogs,
bacon, and other processed meats raise the risk of heart
disease. The saturated fat in bacon also contributes to
cancer.


3. Doughnuts
Doughnuts are cancer-causing double trouble. First, they
are made with white flour, sugar, and hydrogenated oils,
then fried at high temperatures. Doughnuts, may be the worst
food you can possibly eat to raise your risk of cancer.

4. French fries
Like doughnuts, French fries are made with hydrogenated
oils (Trans fat) and then fried at high temperatures. They also contain
cancer- causing acryl amides which occur during the frying
process. They should be called cancer fries, not French fries .


5. Chips, crackers, and cookies
All are usually made with white flour and sugar. Even the
ones whose labels claim to be free of Trans-fats generally
contain small amounts of Trans-fats.

Anak2 buah


Anak buah n buahan yang dikumpul...

Balik Kampung






Minggu lepas balik kg, musim buah...so apa lagi panjat le....Durian dah habis so ada dokong n rambutan saja...ini le antara gambarnye...hubby panjat sampai kene gigit kerengge lagi....banyak sangat buahnye....Umah baru Epul n Ina. Time kasih daun keladi atas buah-buahannya....

Sunday, July 26, 2009

Jogathon tahunan SRI Al Amin 2009






Jogathon dah selamat melabuhkan tirainye pada 26hb Julai 2009(ahad)..Adik dan abang masuk. Abang dapat le tempat ke 10 untuk pelajar darjah 3 dan 4. Dan adik pulak dapatle no 16 untuk kategori pelajar tahun 1 dan 2. Hadiah hingga tempat ke 15 aje...maka dengan itu adik tak de le dapat hadiah..itu yang dia sedih tuh hehhee..takpe le dik boleh cube lagi tahun depan.

Kek Kukus Buah


Salam ini die yang sentiasa mendapat tempat di hati penggemar2 kek kukus...Ye le nak membuatnye sekian le malasnye..Beli aje lah...

Harga RM40 sebiji lebih kurang 1 kilo lebih. Biasanye bile ditimbang lebih le 1.2kg.

Monday, July 20, 2009

Blueberi Cheese tart


Minggu lepas wat cheese tart lagi...Anak2 suke sungguh tak sempat nak bwa opis..

Ni die resipinye..Sumber dari internet..dr kak liza+alex goh...hehehhe

Pastri
1 bar butter
60 g gula kastor (1/2 cawan)
1 bj telur
400gm tepung gandum (lebih kurang 2 1/2 cawan ikut lembut le, adunan tuh)
sedikit esen vanila
sedikit garam

Cara:

1) Pukul butter + gula sekejap.
2) Masuk telur. Pukul sekejap lagi dan masuk esen dan garam sikit aje tau..
3) Masukkan tepung gandum. Sejukkan sebentar dalam chiller.
4) Then tepek dalam acuan. Lubangkan sikit ngan garpu.
5) Bakar 15 min, 170 Celcius.( ikut le oven masing2). Biar sejuk baru letak filling.

Filling blueberi

1 bar cream chesse
50 g gula halus
2-3 sudu besar tepung gandum
1 biji kuning telur (optional)
Secukupnye blueberi( beli aje kat kedai bakeri)

Cara:
Semuanya dipukul rata. Letak dalam pastri, letak blueberi sikit lorekkan ngan lidi dan bakar kejap aje ye dalam 8 min, api bawah saja.

Lepas tuh boleh le menjamu selera.

Biskut Raya 2009 - Mama Carries


Di sini ada promosi biskut Raya 2009..Kat sini tolong promote aje yek...kalau nak oder boleh email pada saliza.rozi@gmail.com

Em ini biskut yang menjadi favourite anak2ku..

Harga RM20/50 pieces

Biskut Raya 2009 - Biskut Oatmeal dan coklat cip


Em bestnye cookies ni

Harga RM20/50 pieces

Biskut RAYA 2009 - Marble Shortbread


Em yam nyam sedapnye.....mewah ngan coklat...coklat strawberi+coklat atau coklat+white coklat

Harga RM25/50 pieces

Biskut RAYA - Biskut Permaisuri Badam


Harga RM22/50 pieces

Tat Gulung


Harge RM22/50 pieces

Jualan Biskut Raya


Demam nak raya dah datang weh......Walaupun posa lom lagi hahahha......NI die biskut Raya yang menjadi idaman banyak orang...Jemput jamu mata or kalau nak oder boleh...bisa yang lakunye tat nenas, marble shortbread, coklat cip, almond london dll..Harga gerenti murah punye....home made 100%. Diperbuat dari butter....Ni aku poskan gambarnye ek...Ni die harganye..

Biskut Almond London atau Havana Strawberi, RM22/50 pieces.

Wednesday, July 8, 2009

Minggu yang memB....kan....

Minggu ni memang aku susah hati....rasa tak tau nak buat ape....tensen bile PM Norliza suh buat paper...dateline 15 Ogos 09...aku tak tau nak mule camne........data pun entah bile nak ambik...tungguuuuuu lagikkkkkkkkkk.....tensen jugak....then ....ontah le labu........

Monday, June 29, 2009

Kelas masak

Sabtu lepas pegi course masak...

Presentation lagi

Yeyeye....esok present lagi....berdebar rasa....

Presentation lagi....

Hari ni berdebar sebab nak present lagi esok. Aku tangah busy nak buat paper review ni...Semalam PM Norliza dah tanya...Semester ni menakutkan aku betul....Minggu lepas pegi ambik result anak2. Pas tu berkejar pegi course...hahaha sempat jugak menanam skill memasak ni hahhaha...nanti upload gambar hahahah....

Wednesday, June 24, 2009

Happy Birthday My Luv

Happy besday to my hubby....18 Jun 2009..Hari ni ayah cuti...mama pun ikut sama le...Beli kek kat Secret Recipe n anak2 nak makan KFC...beli je lah, lagipun lama tak makan, abang n adik nak beli game transformer sebenarnya....Sibuk kemas rumah tak sempat nak update...buat transformasi pada kitchen kabinet....dapur pun nak 'melawa' jugak hahahha.....ANyway selamat dah siap...baru lega...nanti den upload k...Sempene bulan Jun ni semoga kekandaku sentiasa sihat, panjang umur n murah rezeki (ayat lazim)...n Happy Father's Day...baru 9 tahun jadi ayah....

Thursday, June 11, 2009

Selesai cuti sekolah

Pejam celik pejam celik cuti sekolah dah nak habis.....minggu ni mak,abah,long n epul datang umah....sakan budak2 tu main....hehehe...jumpa sepupu le katakan...makan pun puas suruh.....Atie kirim akim aje....balik ni kene tengok homework pulak....Mak pi Nilai tengok Afif...dah besa jugak afif, kejap je dah 3 bulan....

Monday, June 1, 2009

Cuti Sekolah lagi....

Cuti sekolah dah bermula.....maknanya semakin busy le mama ngan anak2 kat umah.....My MIL datang umah jumaat lepas then pegi org kawin kat Temerloh...hari Sabtu balik KL..Hari Ahad penat jugak tapi sempat pegi 'sedekah'kan duit kat IKEA chewah....mcm byk duit....saja jalan2 dah lama tak ke sana...Hari Isnin my MIL bawak Abang n adik balik Batu Pahat sebab minggu ni majlis cikgu Zaharah jemput menantu kat sana...Hari khamis ni jumpa Prof....meeting...

Thursday, May 28, 2009

Exam anak2 dah selesai

Lega.........mama lega sungguh bile exam anak2 dah selesai. Abang dah merosot pelajarannya n adik pulak baru darjah 1 so ok lagilah...so pegi opis lambat sikit sebab pagi tu ajar dia orang dulu...hai entah lah ni lom exam besar lagi....mama dah risau.....Di samping tuh berdebar tunggu nak pasang kitchen kabinet kat dry kitchen ku....nanti tepek gambar....bile dah siap..

Monday, May 18, 2009

Pulut kuning + sambal ikan bilis

Ahad lepas masak pulut ngan sambal bilis...aku ngan hubby aje makan..Pulutnya pemberian ibu mertuaku(MIL). Ada balance lagi....hubby memang suka makan pulut...Gambarnya tak sempat nak upload...

Monday, May 11, 2009

Proposal HUKM lagi.....

Hari ini nak buat editing pada proposal tempohari....pening kepala betul.....hahahha sampai dapur pun tak berapa nak berasap...Insyaallah minggu ni nak masak spesel sikit hahahha.....kalau ada rajin lah...

Thursday, May 7, 2009

Ethical Committee Presentation Part 1

Alhamdulillah selesai present ngan Dr Oteh and others, Dr Ting, Dr Ika etc....kene tambah sikit proposal then email kat Dr Oteh....berdebar aku...pas ni kene mengadap lagi....Ya Allah permudahkanlah urusan hambaMU ini....AMIN...lega sikit and boleh le bernafas sikit aku...

Tuesday, May 5, 2009

2 Mei 2009 Anniversary ke 11

Cuti hari buruh ni balik Jerantut, Afif Rifqie buat majlis cukur jambul. Doa selamat dan tahlil. Meriah dah lama tak buat majlis cam ni....Kebetulan pulak 2 Mei adalah ulangtahun perkahwinan yang ke 11 buat mama & hubby...alhamdulillah...

Monday, April 27, 2009

Temasya Sukan Sek Ren Islam Al Amin Kuala Lumpur 2009




Sukan tahun ni buat kat Pulapol, adik dan abang masuk juga acara...dapatlah hadiah...adik dapat tempat kedua lari pecut 60 meter. Biasa masa praktis tempat pertama aje...tapi kalah tipis aje...hahahha...bangga dia dapat hadiah..maklumlah pertama kali bersukan....

Thursday, April 23, 2009

Next meeting....Wednesday


Hari ni cam boring aje....nak baca journal malas pulak rasanye...Rabu ni meeting ngan Prof lagi.....Anak2 sekolah pagi hari ni, so petang boleh balik awal...ingat nak jalan2 dulu sebelum balik....pool car ngan hubby hari ni...Petang nanti hubby ajak pegi Book Fair lagi....nak beli buku lagi.....teruja ngan buku2 kat sana....buku snatapan minda le apa lagi...ingat nak beli sikit buku resipi hahahha....koleksi aje lah....masak le mana yang mampu....bile belajar ni malas sikit nak masak...layan ajelah gambar air terjun ni.....ye...

Monday, April 20, 2009

Book Fair lagi....




Buku ini hadiah dari ayah untuk mama.....terima kasih sayang......will luv u forever.....Dari tulisan Datuk Siti Bahiyah dan Ustaz Zahazan Mohamed....buku zikir dan doa harian ini amat bagus pada saya sebab covernya cantik dan kecil aje sesuai di bawa kemana2 dan sebagai hadiah kepada sesiapa sahaja, terbitan Telaga Biru...

Meeting with Dr Oteh will be postponed

Postponed because Dr Oteh ada kat Korea until this weekend...So tunda lagi next week....

Sunday, April 19, 2009

Meeting with Dr Oteh

Meeting with Dr Oteh may be tomorrow, tunggu sms dari Prof...may be around 2.30 pm at HUKM...makes me so nervous...Have a seminar on Matlab at UM on the Wednesday, 1.30 pm to 5.30 pm...Ya Allah lapangkanlah dada hambaMU ini dan permudahkan PHD kami....AMIN....

Pesta Buku 2009





Book Fair 2009 datang lagi...seronok bagi yang gemar membaca....tengok orang beli buku..ramainye.........tapi kira oklah sebab tahun lepas masa datang lagi sesak....Kami pegi sabtu lepas...beli buku santapan rohani sikit...buku exercise abang dan adik dan...buku resepi lom beli...bukan apa buku dah banyak kat rumah...masaknya sama jugak komen cik abang saya....Buku exercise budak2 RM1 aje...harga kat luar RM4.30...beli untuk galakkan Hazim dan Danish belajar buat latihan sendiri...Antaranya English, Matematik, Sains, Bahasa Melayu tahun 1 dan 3....untuk advance mama beli tahun 4 dan tahun 2 untuk tahun depan punye hahahaha....tak larat anak2 nak buat hehehhee....

Ayah beli buku " Kisah Rasululullah Ulul Azmi" harga RM99..kat luar RM120..bolehle santapan minda..tebal, riwayat Rasulullah dari awal hingga wafat...Mama beli buku Ensiklopedia untuk Wanita, dan buku dari Ustazah Bahiyah tentang Fikah wanita....komen cik abang bagus buku ni....so dia hadiahkan lah...terima kasih kandaku..