Selamat Datang ke teratak yang tak seberapanya ini...

Selamat Datang dan Jemput lah masuk...

[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

Wednesday, November 2, 2011

DIY class

Kelas personal diminta oleh kak Yam(nampak baju je tuh) kak Yam dari Pandan Indah minta ajar buat kek-kek ni untuk bisnesnye...semoga success kak Yam..
Kelas Cartoon cake

Kek Red Velvet

Wednesday, October 19, 2011

Kek Lapis Asam Manis

Jom layan kek yang sangat sangat sedap nih...ni sesi ulang tayang...dah banyak kali buat...memang sangat2 sedap... Boleh le nak order ngan aku kalau tak mau buat...or dtg belaja kat kelas aku pun ok je..
Ni dah selamat dipotong..jap je licin u ols..

Ni versi penuh

Ni versi bunge-bunge dalam taman..hehehe...lenkali buleh le buat warna merah

Cheese Tart Order..

Ni order dari Pak Cho....tq ye pak cho..

Kek Lapis Asam Manis Rainbow

Salam semua, dah lama tak n3 kat sini disebabkan kesibukan melanda. Ya Allah tahun ni dugaan betullah...baru baik demam lah...alhamdulillah kesakitan itu penghapus dosa2 kecil kan...amin...Kat sini saja jelah nak tayang kek yang menjadi kesukaan anakku...resipi sumbangan kak fida myr dan aku telah olah dlm sukatan cawan metrik ye...tapi rasanya aku lebih suka yang versi ada tepung biskut kot..apa2pun layan jelah ek...korang2 semua...

Sesi tayangan....hehehe...

Bersama duta tak berbayo QasihMama(QM)..hehehhe

Layan....zasss..

Kat sini resipinye ek:
Kek Kukus Asam Manis
Bahan-bahan (loyang 8 inci)
• 5 biji telor gred A (sejuk)
• 1 1/2 cwn gula halus
• 1 sudu besar ovallette
• 2 cwn tepung gandum
• 1 sudu kecil baking powder
• 150 ml susu cair
• 1/2 sudu kecil garam
• 1/3 cawan minyak jagung/masak
• 1 sudu kecil esen vanila
• beberapa titis pewarna kuning dan hijau
• asam manis secukupnya (hawflakes, lagi bnyk lagi sedap)

Cara Membuat:-
1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.
3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 3 bahagian....letak pewarna kegemaran.
4. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama, letak merah dulu menggunakan 6 sudu makan setiap adunan dan susun secukup hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
5. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.

Sunday, October 16, 2011

My Class....cakes, biscuit, tart n etc...

Kelas buat kek, mufin, biskut ,tat, ada disediakan di sini. Hubungi saya ditalian atau melalui alamat email saya disebelah. Tarikh boleh runding jika weekdays atau setiap weekend..Ajak kawan2 sekali..Mari mari belajar dengan saya...Semua Secara hands-on..

Nasi Arab

Resipi ni dah buat sesi ulangan dah banyak kali dah...rasa nasi arab ni cukup sedap sekali kene ngan selera penduduk kat umah ni...hehehe....resipi ni dapat dari kawan n dan olahan sendiri ikut selera my hubby n kids n ofcoz le my tekak hahaha... sebab aku tukang masaknye kan..kan..kan.

Nasi Arab (untuk 4 orang makan)

Bahan A
3 cup beras basmati dibasuh dan rendam 30 min

Bahan B
3 bj bawang merah dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1/2 inci halia dikisar
1 kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 buah pelaga
2 cengkih
4 ketul ayam
garam, gula
1 kiub ayam
6 cup air
1 st serbuk jintan manis
1 st serbuk jintan putih
1 st serbuk lada hitam
Semua bahan B diatas dimasak atas dapur sehingga air mendidih. Keluarkan ayam dan blend bahan dlm air tadi. Guna sikit air tadi untuk blend.

Bahan C
1 labu bawang besar potong dadu
1/2 cup sos tomato
minyak untuk tumis


Cara: Tumis bawang, masuk sos tomato dan letak bahan blend dari bahan B. Sementara Bahan A tadi letak dlm rice cooker .Letak bahan tumis tadi dan letak ayam selangseli ngan air tadi dalam periuk nasi. Tunggu nasi masak. Gaul rata sekali. Boleh hidang...


Bahan D
Hiasan sepeti gajus, bawang goreng, kismis dan daun bawang.

Selamat mencuba dan sudah pasti anda akan bergembira dengan hasilnya.

Anak bujang kecikku seperti biasalah suka no enteprem hehehe...setia tu jadi model masakan mama..kihkihkih..


Emmm...walla...yummy yummy...jemput makan(buat sendiri) if korang terliur k? tengok jelah ek..nasi arab wif salad epal n sambal...cube le korang...sedap weh...

Nasi Mandhi

Resipi nasi mandhi ini senang dibuat dan sedap dimakan..cubalah...bau satu rumah bile kite buat tau. Kalau tak caya cube...dah banyak kali buat...peberet anak2 dan suami. Boleh jugak bubuh pewarna kuning jika suka. Nasi ni saya makan dengan ayam percik dan salad epal.Patutnya makan dengan ayam mandhi tapi saya nak makan dengan yang berkuah so ikut le selera memasing..


Nasi Mandhi


Ayam Percik


Salad Epal

Resipi Nasi mandhi
3 cup beras basmati
5 cup air
1 st serbuk jintan manis
1 st serbuk jintan putih
1 st serbuk ketumbar
1/2 cup minyak
1 kulit kayu manis
2 buah pelaga
2 cengkih
2 bunga lawang
garam
gula
2 bawang merah dihiris
2 bawang putih hiris
1 inci halia dihiris
2 helai daun pandan disimpul

Semua bahan dimasukkan dalam rice cooker dan tunggu hingga masak baru gaul. Boleh gaul dengan pewarna kuning atau serbuk kunyit jika suka.
Selamat mencuba..

Selamat Hari Jadi Anak sulong mama

Selamat Hari lahir yang ke 11 thn buat anak sulung mama. Semoga abang menjadi anak yang soleh, berguna untuk agama, bangsa dan negara..Mama dan ayah sentiasa doakan yang terbaik untuk abang dan adik...amin...

Wednesday, June 22, 2011

Coklat lagi...

Nih lagi bagi penggemar2 coklat...memang berbaloi2 buat sendiri...




Coklat Homemade






Antara hasil coklat buatan tangan ku...emm....yummy yummy...sedap sesangat....halal n toiyibban lagi..

Cinderella Cake n Red Velvet Cake




Yang atas, cake yang saya telah buat...bole le kalau nak menempah...nanti saya bagi harga...ek...hadiahkan pada Emma sempena besday die..

Yang di bawah nih kek red velvet tuh...memang sedapppp sangat2 kek nih....jom le cube...resipi kat bawah:
Red Velvet Cake: versi suealeen (dr resipi asal web joy of baking)

2 1/2 cups (250 grams) sifted cake flour
1/2 teaspoon salt
2 tablespoons (15 grams) regular or Dutch-processed cocoa powder
1/2 cup (113 grams) unsalted butter, at room temperature
1 1/2 cups (300 grams) granulated white sugar
2 large eggs
1 teaspoon pure vanilla extract
1 cup (240 ml) buttermilk
2 tablespoons liquid red food coloring
1 teaspoon white distilled vinegar
1 teaspoon baking soda

Cream Cheese Frosting:

1 - 8 ounce (227 grams) cream cheese, room temperature
1 - 8 ounce (227 grams) tub of Mascarpone cheese, room temperature
1 teaspoon pure vanilla extract
1 cup (115 grams) confectioners' (icing or powdered) sugar, sifted
1 1/2 (360 ml) cups heavy whipping cream

Red Velvet Cake: Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C) and place rack in center of oven. Butter two - 9 inch (23 cm) round cake pans and line the bottoms of the pans with parchment paper. Set aside.

In a mixing bowl sift together the flour, salt, and cocoa powder. Set aside.

In bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the butter until soft (about 1-2 minutes). Add the sugar and beat until light and fluffy (about 2-3 minutes). Add the eggs, one at a time, beating well after each addition. Scrape down the sides of the bowl. Add the vanilla extract and beat until combined.

In a measuring cup whisk the buttermilk with the red food coloring. With the mixer on low speed, alternately add the flour mixture and buttermilk to the butter mixture, in three additions, beginning and ending with the flour.

In a small cup combine the vinegar and baking soda. Allow the mixture to fizz and then quickly fold into the cake batter.

Working quickly, divide the batter evenly between the two prepared pans and smooth the tops with an offset spatula or the back of a spoon. Bake in the preheated oven for approximately 25 - 30 minutes, or until a toothpick inserted in the center of the cakes comes out clean. Cool the cakes in their pans on a wire rack for 10 minutes. Place a wire rack on top of the cake pan and invert, lifting off the pan. Once the cakes have completely cooled, wrap in plastic and place the cake layers in the refrigerator for at least an hour (or overnight). (This is done to make filling and frosting the cakes easier.)

Cream Cheese Frosting: In the bowl of your electric mixer, or with a hand mixer, beat the cream cheese and mascarpone cheese until smooth. Add the vanilla and confectioners sugar and beat until smooth. Using the whisk attachment, gradually add the heavy cream and whip until the frosting is thick enough to spread. Add more sugar or cream as needed to get the right consistency.

Assemble: With a serrated knife, cut each cake layer in half, horizontally. You will now have four cake layers. Place one of the cake layers, top of the cake facing down, onto your serving platter. Spread the cake layer with a layer of frosting. Place another layer of cake on top of the frosting and continue to frost and stack the cake layers. Frost the top and sides of the cake. Can garnish the cake with sweetened or unsweetened coconut.

Serves 10 - 12 people.

Apam dot dot


Buat apam nih untuk makan2 petang nih..anak2 sukeeeee sangat...ade lebih lagi filling stoberi, oren n bluberi..so buat le apam yang glamer nih....jom...ni resipi yang saya buat

1 1/4 cup tepung gandum
2 bj telur
1 st ovalette
1 st baking powder
1 st esen vanila

Filling: ikut suke lah ye...coklat, kelapa, oren, stoberi, blueberi ke...

Mixer semua bahan n stim pada api sederhana. 10 min..tara siap..

Monday, May 2, 2011

Oreo cheese cake


Sesapa nak cube silakan..yek..resipi nih ambik dr umah kak zai, dan di alter sikit2 ikut tekak kite...peberet azim n mr suami..heheheh...dah buat banyak kali..ni resipinye:

Base:

Biskut oreo tanpa filling secukupnye dlm 30 keping dihancurkan

1/4 bar butter cairkan..

Satukan dalam loyang n padat2kan. Bakar kjp dlm 5 minit.

Bahan Cheese

2 bar keju

1 cawan whipping cream

2 bj telur

1/2 cup gula kastor

Inti biskut oreo (yg dihancurkan kat base)

Sedikit biskut oreo hancur

sedikit esen vanila

sedikit lemon juice

Cara:

1) Pukul keju n gula n inti oreo.

2) Masuk telur masuk whipping cream, esen vanila. Pkl lagi. masuk dlm loyang base tadi.

3) Bakar hingga masak secara water bath. suhu ikut le oven masing2 dalam 170 C.

Kek Puding karamel




Ni die kek yang resipi asal dr yani myr..sedap sgt...resipi disini:

Kek Puding Karamel
Bahan-bahan ( 20cm )
• Karamel
• 60g gula
• 1 sudu besar air
• 2 sudu besar air
• Puding
• 4 biji telur
• 500ml susu segar
• 70g gula
• sedikit esen vanila
• Kek span
• 70g tepung gandum
• 60g gula halus
• 2 biji telur
• 20g mentega- dicairkan
Cara-cara
Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
Ayak tepung. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak (Bain marie). Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

Anniversary ke 13


Hari ini 2 Mei 2011 genap 13 tahun usia perkahwinan kami. Syukur alhamdulillah. Moga bertambah bahagia hingga ke akhir hayat. Hari hujan lak ingat nak makan2 kat luar..

Tuesday, January 4, 2011

Selamat Tahun Baru 2011

Selamat Tahun Baru 2011 kepada semua..Tahun baru ni semua bertambah hehe...umur baru hehehe....selamat skul semula anak2ku...Emm, dah besa anak mama...Luv u all...anak bertambah? kalau ada rezeki, alhamdulillah....apa yg penting, belajar ...tak hbs lagi nih...... Pening makcik....