Selamat Datang ke teratak yang tak seberapanya ini...

Selamat Datang dan Jemput lah masuk...

[Glitterfy.com - *Glitter Words*]

Showing posts with label Kek. Show all posts
Showing posts with label Kek. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

Kek Lapis Asam Manis

Jom layan kek yang sangat sangat sedap nih...ni sesi ulang tayang...dah banyak kali buat...memang sangat2 sedap... Boleh le nak order ngan aku kalau tak mau buat...or dtg belaja kat kelas aku pun ok je..
Ni dah selamat dipotong..jap je licin u ols..

Ni versi penuh

Ni versi bunge-bunge dalam taman..hehehe...lenkali buleh le buat warna merah

Kek Lapis Asam Manis Rainbow

Salam semua, dah lama tak n3 kat sini disebabkan kesibukan melanda. Ya Allah tahun ni dugaan betullah...baru baik demam lah...alhamdulillah kesakitan itu penghapus dosa2 kecil kan...amin...Kat sini saja jelah nak tayang kek yang menjadi kesukaan anakku...resipi sumbangan kak fida myr dan aku telah olah dlm sukatan cawan metrik ye...tapi rasanya aku lebih suka yang versi ada tepung biskut kot..apa2pun layan jelah ek...korang2 semua...

Sesi tayangan....hehehe...

Bersama duta tak berbayo QasihMama(QM)..hehehhe

Layan....zasss..

Kat sini resipinye ek:
Kek Kukus Asam Manis
Bahan-bahan (loyang 8 inci)
• 5 biji telor gred A (sejuk)
• 1 1/2 cwn gula halus
• 1 sudu besar ovallette
• 2 cwn tepung gandum
• 1 sudu kecil baking powder
• 150 ml susu cair
• 1/2 sudu kecil garam
• 1/3 cawan minyak jagung/masak
• 1 sudu kecil esen vanila
• beberapa titis pewarna kuning dan hijau
• asam manis secukupnya (hawflakes, lagi bnyk lagi sedap)

Cara Membuat:-
1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.
3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 3 bahagian....letak pewarna kegemaran.
4. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama, letak merah dulu menggunakan 6 sudu makan setiap adunan dan susun secukup hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
5. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.

Monday, May 2, 2011

Kek Puding karamel




Ni die kek yang resipi asal dr yani myr..sedap sgt...resipi disini:

Kek Puding Karamel
Bahan-bahan ( 20cm )
• Karamel
• 60g gula
• 1 sudu besar air
• 2 sudu besar air
• Puding
• 4 biji telur
• 500ml susu segar
• 70g gula
• sedikit esen vanila
• Kek span
• 70g tepung gandum
• 60g gula halus
• 2 biji telur
• 20g mentega- dicairkan
Cara-cara
Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
Tapiskan ke dalam loyang karamel tadi.
Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
Ayak tepung. Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak (Bain marie). Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

Tuesday, September 15, 2009

Kek Marble


Buat kek marble untuk bagi kat jiran sebelah..ni le hasilnya..