Blog ini khusus untuk catatan perjalananku...dari masakan, jalan2, hobi dll. Memasak adalah hobiku no1, takde lah pandai sangat...tapi bolehlah untuk anak2 n mr hubby tersayang..Resipi2 kat sini adalah yang telah aku cuba, sama ada dari internet, buku, resipi sendiri dsbnya...sedap tak sedap belakang kire..kite hanya mencube kan...Cook from the heart and serve from the soul...
Selamat Datang ke teratak yang tak seberapanya ini...
Sunday, January 29, 2012
Xtvt skul holiday 2011 part 2
Lagi gambar bercuti hari tuh..Anak2 main basikal nih ape tah panggil...
Hazim n Haqim, lumba sapa menang...cepat cepat hadiahnya...claim ngan mak masing2...ek..
Cepat cepat kayuh..
Adik, amboi dah penat ke?...
Entah ape le yg adik gelakkan tuh..
Aktiviti skul holiday
Cuti sekolah hari tuh pegi bawak anak2 jalan2 ke Port Dickson aje...hubby sibuk sikit cuti nih...tak dapat nak mana sangat..asal anak gumbira kire oklah kan..
Muka masam aje, tak dpt yang dihajati le tuh...
Naik kuda.....kuda padipun jadilah..
Wednesday, November 2, 2011
DIY class
Wednesday, October 19, 2011
Kek Lapis Asam Manis
Jom layan kek yang sangat sangat sedap nih...ni sesi ulang tayang...dah banyak kali buat...memang sangat2 sedap... Boleh le nak order ngan aku kalau tak mau buat...or dtg belaja kat kelas aku pun ok je..
Ni dah selamat dipotong..jap je licin u ols..

Ni versi penuh

Ni versi bunge-bunge dalam taman..hehehe...lenkali buleh le buat warna merah
Ni dah selamat dipotong..jap je licin u ols..
Ni versi penuh
Ni versi bunge-bunge dalam taman..hehehe...lenkali buleh le buat warna merah
Kek Lapis Asam Manis Rainbow
Salam semua, dah lama tak n3 kat sini disebabkan kesibukan melanda. Ya Allah tahun ni dugaan betullah...baru baik demam lah...alhamdulillah kesakitan itu penghapus dosa2 kecil kan...amin...Kat sini saja jelah nak tayang kek yang menjadi kesukaan anakku...resipi sumbangan kak fida myr dan aku telah olah dlm sukatan cawan metrik ye...tapi rasanya aku lebih suka yang versi ada tepung biskut kot..apa2pun layan jelah ek...korang2 semua...
Sesi tayangan....hehehe...

Bersama duta tak berbayo QasihMama(QM)..hehehhe

Layan....zasss..

Kat sini resipinye ek:
Kek Kukus Asam Manis
Bahan-bahan (loyang 8 inci)
• 5 biji telor gred A (sejuk)
• 1 1/2 cwn gula halus
• 1 sudu besar ovallette
• 2 cwn tepung gandum
• 1 sudu kecil baking powder
• 150 ml susu cair
• 1/2 sudu kecil garam
• 1/3 cawan minyak jagung/masak
• 1 sudu kecil esen vanila
• beberapa titis pewarna kuning dan hijau
• asam manis secukupnya (hawflakes, lagi bnyk lagi sedap)
Cara Membuat:-
1. Ayak tepung dan baking powder ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
2. Pukul gula dan telur hingga kembang. Setelah kembang masukkan ovallete dan pukul lagi sehingga betul2 kembang dan gebu. Masukkan minyak jagung/masak dan digaul sebati.
3. Masukkan tepung dan b.powder yg telah di ayak berselang seli dengan susu dan masukkan esen vanilla. Gaul sebati dan bahagikan pada 3 bahagian....letak pewarna kegemaran.
4. Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama, letak merah dulu menggunakan 6 sudu makan setiap adunan dan susun secukup hawflakes di permukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.
5. Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.

Sunday, October 16, 2011
My Class....cakes, biscuit, tart n etc...
Kelas buat kek, mufin, biskut ,tat, ada disediakan di sini. Hubungi saya ditalian atau melalui alamat email saya disebelah. Tarikh boleh runding jika weekdays atau setiap weekend..Ajak kawan2 sekali..Mari mari belajar dengan saya...Semua Secara hands-on..
Subscribe to:
Posts (Atom)